Monday 11 August 2014

Punca-punca elektrik trip



Antara punca-punca elektrik trip di rumah atau bangunan adalah seperti berikut;

1-Petir atau guruh yang kuat. 
*pernah juga terjadi, petir yang kuat menyebabkan trip dan letupan (selalunya terjadi pada rumah/bangunan dengan wiring lama)

2-Barangan elektrik yang sudah rosak
*oven, cerek letrik, mesin basuh, dan lain2 kadangkala menjadi punca elektrik trip. Kalau barangan elektrik tersebut terus diguna pakai, maka elektrik akan asyik trip berulang kali.

3-Pepasangan elektrik yang rosak atau gagal berfungsi
*Lampu, kipas yang rosak juga boleh menyebabkan trip. 

4- Wiring dah lama
*selalunya kes seperti ini terjadi pada rumah/bangunan lama. Wiring mungkin sudah terlalu lama dan mereput di dalam dinding menyebabkan trip. Pernah juga terjadi, wiring mereput di banyak tempat, yang memerlukan wiring baru.

5- System wiring yang salah
*Kes ini jarang berlaku, tetapi tidak mustahil berlaku terutama sekali di kawasan perumahan tidak terancang. Juga berpunca dr tuan rumah yang mahukan quotation termurah, maka hasil kerja juga termurah. Pastikan anda berurusan dengan kontraktor tempatan yang bertauliah.

6-Gangguan serangga @ binatang pada wiring dan pepasangan elektrik
*Semut, tikus, anai-anai; boleh jadi punca trip. Bahaya jika tikus gigit kabel kemudian kabel terdedah pada air, boleh menyebabkan kebakaran. 

7-Kabel atau alat pepasangan yang tidak berkualiti
*Kabel atau alat pepasangan elektrik yang tidak berkualiti selalu nya murah; namun harus diingat bahawa ianya merbahaya kerana ia akan beri kesan jangka panjang. 

8-Lebihan beban pada litar (overload)
*Kes ini terjadi apabila load elektrik rumah/bangunan tidak dikira sebelum pemasangan sistem elektrik, atau penambahan suis baru yang menjadikan lebihan load. Blh melibatkan singlephase, 2phas; yang memerlukan sistem upgrade.

9-Etc
*Ada juga sebab lain yang complicated dan memerlukan profesional untuk troubleshoot secara keseluruhan.

Jika anda tidak mahir dalam kerja elektrik, usah risikokan diri untuk membetulkan masalah elektrik dirumah, hubungi kami insyaAllah dpt membantu. Jangan ambil mudah masalah elektrik trip terutama sekali bagi trip yang terjadi berulang kali; kerana ia boleh menyebabkan letupan, kebakaran dan lain-lain. Bertindak segera dan jangan risikokan kediaman anda. Kami boleh bantu anda kenalpasti punca elektrik trip di rumah anda dan memberi saranan untuk menyelesaikan masalah elektrik ini.

-------------------------------------------

Kenapa kami??
*Memiliki lesen Kekompetenan sebagai pendawai dan chargeman yang dillulus dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga

*Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang elektrik
*Hanya menggunakan barangan yang disahkan SIRIM
*Hasil kerja berkualiti, Harga berpatutan mengikut spec yg dibenarkan

*Servis emergency 24 jam untuk kediaman di kawasan Shah Alam, Subang dan Kota Damansara
*InsyaAllahcepat sampai sbb kami memang bertugas setiap hari di kawasan Shah Alam, Subang dan Kota Damansara.

-------------------------------------------

Kawasan Shah Alam:
Seksyen 2, 3, 9, 11, 7, 8, 6, 13, 14, 17, 18, 19, 20
Puncak Alam, Bukit Jelutong

Kawasan Kota Damansara:
KD Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8

Kawasan Subang:
Subang Perdana, Subang Permai, Subang 2, Subang Bestari, Subang Intan, Kampung Melayu Subang, Kayangan Height, Denai Alam, Seksyen U5, Seksyen U6, U10, Mah Sing, Bandar Pinggiran Subang, Ara Damansara

-------------------------------------------


Hubungi En. Hafiz: 012-2308765 / 019-2509487
On-Call 24 Jam Emergency Masalah Elektrik Kediaman Untuk Kawasan Seperti Dinyatakan Diatas





No comments:

Post a Comment