Kepentingan Troubleshoot Wiring Rumah
Jangan pandang remeh bila ada beberapa power socket/suis lampu/suis kipas tidak berfungsi dlm satu masa. Atau ada bahagian2 tertentu tidak boleh berfungsi. Ia memberi petanda awal bahawa sistem elektrik di rumah perlu diselidik di mana salah silapnya.
Banyak juga kes yang agak berat (bukan masalah biasa2) kami kenal pasti seperti berikut;
Sistem wiring yang salah - terjadi beberapa kali, dibuat oleh tenaga kerja tidak bertauliah. Perlu diingat, sistem elektrik negara lain adalah berbeza dari Malaysia (dr sistem wiring rumah hingga ke pembekal elektrik). Maka amat penting urusan awal untuk buat wiring baru, perlu mendapat khidmat nasihat chargeman atau wireman local yang bersijil bagi mengelakkan masalah dikemudian hari (makin banyak kos jadinya kepada empunya rumah).
Wiring dalam DB tidak mengikut spesifikasi - ini juga pernah terjadi. Kami boleh katakan ia berpunca dari kelalaian atau hasil kerja mereka yang tidak bertauliah. Ini sangat bahaya kerana silap haribulan boleh meletup DB, kalau tak bernasib baik boleh jadi punca kebakaran rumah tanpa amaran.
Wiring asal tidak menepati ciri keselamatan - berpunca dari nak 'save budget' wiring rumah atau kontraktor elektrik nak jimat dan untung besar maka ciri keselamatan tidak dititikberatkan. Asalkan semua ON pada awalnya cukup memadai. Tambahan pula wiring conceal (dlm dinding), tidak nampak secara luaran, melainkan diperiksa dengan teliti oleh orang kompeten.
Peralatan elektrik yg tidak diiktiraf [SIRIM] - mengundang kerosakan pada sistem elektrik (mudah rosak, berpotensi terjadinya spark > jd punca kebakaran)
Utk kenal pasti masalah2 yg agak berat ini perlukan masa, dan sebagai wireman/chargeman, kami akan fahami keseluruhan sistem yg bermasalah itu dahulu kemudian cari solusi terbaik dan selamat.
Yang terbaik ialah untuk dapatkan nasihat orang tempatan yang ada sijil kekompetenan (yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga). Spend harga standard utk mereka yg bertauliah lebih bagus dari perlu berhabisan kelak dengan pelbagai masalah. Usah pertaruhkan harta benda dan rumah hanya kerana terlalu nak berjimat dengan sistem elektrik anda.
Utk wiring baru, kami lebih suka duduk dan bincang dengan tuan rumah. Ada lakaran jelas, dan senang utk diperincikan.
Harga perkhidmatan troubleshoot adalah berdasarkan tahap kesukaran memahami, mengenalpasti dan mencari solusi kepada masalah elektrik.
Harga perkhidmatan troubleshoot adalah berdasarkan tahap kesukaran memahami, mengenalpasti dan mencari solusi kepada masalah elektrik.
Hubungi HJ Electrical > En. Hafiz:
012-2308765 / 019-2509487
No comments:
Post a Comment