<AMBIL PERHATIAN>>
Seperti kereta, DB (Distribution Board) juga ada jangka hayat. Bila terlalu lama, kebanyakkan fungsinya semakin merosot dan memberi masalah kepada penghuni/pengguna.
Entry kalini, kami nk berkongsi sebab-sebab kenapa anda perlu tukar DB anda.
1. DB terlalu lama
Pernah tengok DB zaman jepun?? Eh ade ke? hehe..ini sekadar term saje. DB lama beralaskan kayu adalah antara versi DB zaman dahulu kala.
Masih ada lagi rumah lama yang menggunakan DB lama seperti dlm gambar ini;
PIC: Nampak macam okey lagi kan? Hakikatnya, DB beralas kayu ini berisiko menjadi makanan anai2, angkut-angkut dan semut juga suka berumah disitu.
Pernah sampai tertanggal dr dinding angkara kayu alas dah dimakan oleh anai2, DB tergantung mcmtu saja. Dan menyebabkan wiring rosak.
2. Kabel dalam DB yang terlalu lama = usang
Ada kaitan ke? Ya, sudah semestinya! Apabila kabel sudah lama, ia akan menyebabkan low resistance. Low resistance tu apa? Penebatan menjadi kurang, boleh efek kepada flow voltage lebih tinggi. Ini antara alasan kenapa bil jadi mahal walaupun penggunaan elektrik biashe-biashe sj.
3. Aksesori dalam DB dah expired
Bukan makanan je ada expiry date! Aksesori dlm DB seperti main switch, elcb, dan mcb juga ada jangka hayat. Benda lama mcmni, boleh menyebabkan DB tak dapat berfungsi dengan baik apabila berlaku litar pintas.
4. Kesan terbakar pada DB
Cuba tuan perhatikan DB tuan, jika ada kesan terbakar (walaupun minor) pada aksesori mahupun cable dlm DB, maka kemungkinan besar, sudah tiba masanya DB itu perlu ditukar baru. Kesan heat spot ni antara tanda-tanda kecil yang tak boleh dipandang rendah dan perlu diatasi segera.
5. Main switch, MCB dan ELCB tidak mengikut rating standard
Jika zaman dahulu, tak banyak barangan yang menggunakan elektrik. Alhamdulillah sekarang dengan adanya Shopee, GoShop, WowShop segala shop yang ade ni, dan segala kecanggihan teknologi telah melambakkan pelbagai barang elektrik di pasaran. Maka penggunaan elektrik semestinya lebih tinggi.
Di sesetengah kes, kami mendapati DB telah dipasang dgn MCB dan ELCB yg ratingnya lebih rendah. Sedangkan rumah tersebut ada Aircond 3bijik, Petiais 24jam running 2 bijik. Itu tak masuk barang2 lain lagi.
Keadaan DB sebelum ditukar
*cuba anda zoom, anda boleh lihat stalactite berwarna putih (mcm ais frozen tajam2 tu)
Keadaan DB selepas ditukar baru. Lebih kemas tersusun.
Jika anda dapati simptom2 di atas ada pada DB di tempat anda, segerakan temujanji dgn kami supaya kami boleh periksa dan menentukan samada ia perlu ditukar.
MOHON jangan lengahkan kerana, DB yang bermasalah boleh memberi anda lebih masalah dan melibatkan kos berlipat kali ganda seperti berikut;
-Peralatan elektrik rumah cepat rosak
-Risiko litar pintas
-Risiko penghuni rumah terkena renjatan elektrik
-Risiko kebakaran
-------------------------------------------
Kenapa kami??
*Team specialist khas yang sememangnya pakar mengenalpasti masalah elektrik *Memiliki lesen Kekompetenan sebagai pendawai dan chargeman yang dillulus dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga*Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang elektrik*Hanya menggunakan barangan yang disahkan SIRIM*Hasil kerja berkualiti, Harga berpatutan mengikut spec yg dibenarkan*Servis elektrik emergency 24 jam untuk kediaman/ premis/ bangunan di kawasan Shah Alam, Subang dan Kota Damansara
-------------------------------------------
Troubleshoot:Rumah kediaman, kedai, pejabat, kilang, sekolah, masjid, surau, kompleks beli belah & sebagainya.
Shah Alam:Seksyen 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 24Puncak Perdana, Puncak Alam, Bukit Jelutong, Sunway Height, Monterez, Alam Budiman
Kawasan Kota Damansara, Damansara Perdana, Sri Damansara:
KD Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
Kawasan Subang:Subang Perdana, Subang Permai, Subang 2, Subang Bestari, Subang Intan, Kampung Melayu Subang, Kayangan Height, Denai Alam, Bukit Subang, Seksyen U5, Seksyen U6, U10, Mah Sing, Bandar Pinggiran Subang, Ara Damansara, Subang Elmina Baru
-------------------------------------------
En. Hafiz: 012-2308765 / 019-2509487 (whatsapp)