Friday, 1 November 2019

Kenapa Perlu Tukar DB??



<AMBIL PERHATIAN>>
Seperti kereta, DB (Distribution Board) juga ada jangka hayat. Bila terlalu lama, kebanyakkan fungsinya semakin merosot dan memberi masalah kepada penghuni/pengguna. 

Entry kalini, kami nk berkongsi sebab-sebab kenapa anda perlu tukar DB anda

1. DB terlalu lama 

Pernah tengok DB zaman jepun?? Eh ade ke? hehe..ini sekadar term saje. DB lama beralaskan kayu adalah antara versi DB zaman dahulu kala. 

Masih ada lagi rumah lama yang menggunakan DB lama seperti dlm gambar ini;


PIC: Nampak macam okey lagi kan? Hakikatnya, DB beralas kayu ini berisiko menjadi makanan anai2, angkut-angkut dan semut juga suka berumah disitu. 

Pernah sampai tertanggal dr dinding angkara kayu alas dah dimakan oleh anai2, DB tergantung mcmtu saja. Dan menyebabkan wiring rosak.

2. Kabel dalam DB yang terlalu lama = usang

Ada kaitan ke? Ya, sudah semestinya! Apabila kabel sudah lama, ia akan menyebabkan low resistance. Low resistance tu apa? Penebatan menjadi kurang, boleh efek kepada flow voltage lebih tinggi. Ini antara alasan kenapa bil jadi mahal walaupun penggunaan elektrik biashe-biashe sj.

3. Aksesori dalam DB dah expired

Bukan makanan je ada expiry date! Aksesori dlm DB seperti main switch, elcb, dan mcb juga ada jangka hayat. Benda lama mcmni, boleh menyebabkan DB tak dapat berfungsi dengan baik apabila berlaku litar pintas. 

4. Kesan terbakar pada DB

Cuba tuan perhatikan DB tuan, jika ada kesan terbakar (walaupun minor) pada aksesori mahupun cable dlm DB, maka kemungkinan besar, sudah tiba masanya DB itu perlu ditukar baru. Kesan heat spot ni antara tanda-tanda kecil yang tak boleh dipandang rendah dan perlu diatasi segera.

5. Main switch, MCB dan ELCB tidak mengikut rating standard

Jika zaman dahulu, tak banyak barangan yang menggunakan elektrik. Alhamdulillah sekarang dengan adanya Shopee, GoShop, WowShop segala shop yang ade ni, dan segala kecanggihan teknologi telah melambakkan pelbagai barang elektrik di pasaran. Maka penggunaan elektrik semestinya lebih tinggi. 

Di sesetengah kes, kami mendapati DB telah dipasang dgn MCB dan ELCB yg ratingnya lebih rendah. Sedangkan rumah tersebut ada Aircond 3bijik, Petiais 24jam running 2 bijik. Itu tak masuk barang2 lain lagi. 


Keadaan DB sebelum ditukar 
*cuba anda zoom, anda boleh lihat stalactite berwarna putih (mcm ais frozen tajam2 tu)


Keadaan DB selepas ditukar baru. Lebih kemas tersusun. 

Jika anda dapati simptom2 di atas ada pada DB di tempat anda, segerakan temujanji dgn kami supaya kami boleh periksa dan menentukan samada ia perlu ditukar. 

MOHON jangan lengahkan kerana, DB yang bermasalah boleh memberi anda lebih masalah dan melibatkan kos berlipat kali ganda seperti berikut;

-Peralatan elektrik rumah cepat rosak 

-Risiko litar pintas

-Risiko penghuni rumah terkena renjatan elektrik 

-Risiko kebakaran

-------------------------------------------

Kenapa kami??

*Team specialist khas yang sememangnya pakar mengenalpasti masalah elektrik *Memiliki lesen Kekompetenan sebagai pendawai dan chargeman yang dillulus dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga*Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang elektrik*Hanya menggunakan barangan yang disahkan SIRIM*Hasil kerja berkualiti, Harga berpatutan mengikut spec yg dibenarkan*Servis elektrik emergency 24 jam untuk kediaman/ premis/ bangunan di kawasan Shah Alam, Subang dan Kota Damansara

-------------------------------------------

Troubleshoot:Rumah kediaman, kedai, pejabat, kilang, sekolah, masjid, surau, kompleks beli belah & sebagainya.

Shah Alam:Seksyen 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 24Puncak Perdana, Puncak Alam, Bukit Jelutong, Sunway Height, Monterez, Alam Budiman
Kawasan Kota Damansara, Damansara Perdana, Sri Damansara:
KD Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
Kawasan Subang:Subang Perdana, Subang Permai, Subang 2, Subang Bestari, Subang Intan, Kampung Melayu Subang, Kayangan Height, Denai Alam, Bukit Subang, Seksyen U5, Seksyen U6, U10, Mah Sing, Bandar Pinggiran Subang, Ara Damansara, Subang Elmina Baru

-------------------------------------------

En. Hafiz: 012-2308765 / 019-2509487 (whatsapp)


Wednesday, 29 March 2017

KES-KES TROUBLESHOOT ELEKTRIK PALING MENCABAR 2014-2017

Sejak dua menjak ni, kami mmg byk dpt job troubleshoot elektrik utk rumah dan premis. Jadi, kami kongsikan sedikit problem2 yg pernah kami lalui. Semoga dpt membantu anda dlm membuat decision yg betul dlm memilih kontraktor/technician utk kerja wiring di rumah/premis anda.


1.Masalah direct shot to earth (kabel terbakar-overload)
Pukul 12tghmlm kami ke sebuah rumah selepas mendapat panggilan, rumah sewa beliau trip seluruh rumah, dan ELCB tidak boleh di-ON semula. Tak tahan berpanas dlm gelap kata dorng. Selepas diperiksa satu per satu seluruh rumah, kami berjaya mengesan salah satu wiring lampu yang menjadi punca masalah. Wire pada terminal lampu telah rosak (terbakar, melted) disebabkan kepanasan melampau dari ballast lampu kalimantang tersebut. Kes mcm ni jarang jadi, susah nk detect unexpected problem seperti ni.


Selepas selsai, baru kami dimaklumkan sudah 2 orang technician telah datang troubleshoot tp gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seriously, bukan mudah nak mencari puncanya dalam gelap malam, dan panas. Mulai tengah malam tu, rumah dorang terang benderang + boleh tengok bola + tak henti2 ucap terima kasih.

2.Masalah wiring dalam Distribution Board (DB)
Kami ke sebuah rumah selepas mendapat panggilan mengenai masalah – seluruh section di bahagian dapur rumah beliau tiada supply elektrik secara tiba-tiba. Selepas pemeriksaan secara menyeluruh (setiap point perlu di periksa), kami telah mengesan circuit di section tersebut bermasalah di dalam DB. 


Masalah berpunca dari color code cable yang tidak menepati piawaian dari ST. Kabel berwarna hijau (seperti di dalam gambar) sepatutnya tidak boleh berada di tempat tersebut. Sebab itulah wiring untuk DB dan aksesorinya perlu dibuat oleh orang kompeten berkelayakan dan berpengalaman bagi mengelakkan masalah ini di masa mendatang.

Bukan setakat itu, kami juga dapat detect cable dlm dinding yang rosak. Rupa2nya, pada peringkat awal rumah dibina, tuan rumah nk buat wiring paling budget. Kontraktor elektrik bg harga termurah + barang termurah + hasil termurah. Wiring conceal dlm dinding tak gunakan pipe. Hasilnya selepas 3 tahun, chemical kuat dlm simen dah 'menggigit' cable, cable rosak tak boleh diguna, tak boleh replace part2 tertentu. Utk masalah ini, solusi nya ialah re-wiring seluruh rumah.
Kos jadi 3x ganda dari sepatutnya. Ini note paling penting untuk mereka yang nak buat wiring rumah (terrlalu murah itu bukan jaminan) 


3.Kompilasi masalah elektrik-wiring + shorting
Ini kes troubleshoot paling lama kami selesaikan. 2 hari kami buat troubleshoot shj.  Kenapa sampai 2 hari?? Sebab wiring tidak dibuat mengikut spesifikasi, telah menyebabkan masalah wiring berlanjutan dan merosakkan seluruh system wiring premis ini.
2 kontraktor yang terlibat sebelum ini juga gagal menyelesaikan masalah dan tidak dapat dihubungi oleh pihak premis (dah cabut lari agaknya). Keadaaan sewaktu kami tiba, semua wire dalam DB 3 phase telah dibuka (terbarai). 4 circuit juga mengalami masalah direct short to earth. Hampir 60 point lampu (downlight) kami buka dan check.


Wiring overload. Sepatutnya 1 circuit, limitnya 3-4 socket outlet 13A. Tapi ada beberapa circuit telah di sambung 8-10 socket outlet 13A. CONFIRM overload.
Penggunaan kod color cable yang salah; ada yg pangkal merah, tengah biru, ujung kuning (mane nye tak pening!!) Sepening-pening keadaan, kami  berjaya juga akhirnya selesaikannya  dlm masa  1 minggu untuk repair dan re-wiring system elektrik premis ini.

4. Masalah incoming cable (TNB)

(takde gambar, tak sempat snap)
Kami buat troubleshoot untuk sebuah rumah teres yang baru dibeli owner, masalahnya hanya lampu disesetengah tempat sahaja yg berfungsi, itupun terkelip2. Socket, apatah lagi aircond, langsung tak dpt digunakan.
Selepas DB dan wiring kami periksa, semuanya ok. Cuma kami dapati voltage yang masuk drop apabila load pd mcb di'on'kan.
Kes paling pening, dan naya kepada owner rumah sbb taktahu yang elektrik rumah beliau bermasalah.
Walaubagaimanapun, kami tetap dpt selsaikan kes. Kami hubungi TNB, selepas cek, mmg betul cable incoming bermasalah, dan TNB perlu membuat penggantian baharu. Sayangkan, TNB perlu pecahkan tembok pagar dan perlu potong lantai utk ganti cable tersebut. Kos pembinaan semula tembok dan pembaikan lantai perlu ditanggung owner rumah.
*Utk elakkan kes2 begini, kami amat sarankan anda yg berniat nak beli rumah baru mahupun rumah 2nd, blh call kami utk periksa sistem elektrik sebelum anda confirmkan belian rumah anda. Biarlah pembelian rumah anda itu benar2 berbaloi.


Moral of the story, jika anda ada rumah/premis, pastikan anda hire orang yang berkelayakan dan benar-benar berpengalaman, barangan lulus SIRIM. Make it right for the first time, Wiring yang betul pada peringkat awal, insyaAllah boleh bertahan bertahun-tahun lamanya. 
Usah risikokan rumah anda dengan penjimatan tanpa jaminan. 
Quality of work << ini paling penting.

------------------------------------------

Kenapa kami??
*Memiliki lesen Kekompetenan sebagai pendawai dan chargeman yang dillulus dan diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga*Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang elektrik*Hanya menggunakan barangan yang disahkan SIRIM*Hasil kerja berkualiti, Harga berpatutan mengikut spec yg dibenarkan*Servis elektrik emergency 24 jam untuk kediaman/ premis/ bangunan di kawasan Shah Alam, Subang dan Kota Damansara

-------------------------------------------

Troubleshoot:Rumah kediaman, kedai, pejabat, kilang, sekolah, masjid, surau, kompleks beli belah & sebagainya.
Shah Alam:Seksyen 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 24Puncak Perdana, Puncak Alam, Bukit Jelutong, Sunway Height, Monterez, Alam Budiman
Kawasan Kota Damansara:
KD Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8
Kawasan Subang:Subang Perdana, Subang Permai, Subang 2, Subang Bestari, Subang Intan, Kampung Melayu Subang, Kayangan Height, Denai Alam, Bukit Subang, Seksyen U5, Seksyen U6, U10, Mah Sing, Bandar Pinggiran Subang, Ara Damansara, Subang Elmina Baru


-------------------------------------------

Hubungi HJ Electrical > En. Hafiz: 012-2308765 / 019-2509487 (whatsapp)

FB: https://www.facebook.com/PerkhidmatanElektrikSelangorKL/